Thursday, 27 November 2014

shepherd pie yg senang...

ok hari ni nak share sikit resepi sheperd yg senang giler nak masak..hehehe.. sape suka makan western2 food tp x pernah try buat..cer la try buat pie ni..mmg senang giler nak buat. ok i nak share bahan2 cmne nak buat ye..

bahan utk pie :
10 biji kentang (kalau kentang tu besar boleh kurangkan kuantiti)
1/4 cawan susu segar (nak bagi lemak2 ckit pie tu)
3 sudu besar butter
garam secukup rasa
lada sulah ikut suka nak pedas byk mne

step :
rebus kentang sampai lembut. lpas tu lenyek kentang sampai lumat. dh lumat kentang2 tu masukkan susu segar , garam, butter n lada sulah. kacau2 sampai jadi macam mash potato.

ok sekarang nak buat filling dia pulak..

bahan2 :
 daging kisar / ayam kisar ( ikut suka dan citarasa)
1 biji bawang besar / holland ( potong halus)
1 tin cendawan butang (potong nipis)
2 ulas bwg putih ( potong halus)
2 biji tomato (potong dadu)
1 tin kecil tomato puree
lada hitam
garam
butter (utk tumis)
daun ketumbar
oregano

step:

cairkan butter. tumiskan bawang merah dan putih. lpas tu masukkan tomato puree. lpas tu masukkan daging kisar. bila dah empuk daging, masukkan cendawan butang dan tomato. lpas tu masukkan daun ketumbar dan oregano. letak garam secukup rasa dan lada hitam secukup rasa. siap.!!

senang je kan.. campak2 je...

ok dah siap semua bahan sekarang time nak melayer pulak...

ok mula2.. ambik loyang letakkan kentang lenyek tadi utk base dia. ikut nak tebal mana. lepas tu letakkan filling yg di masak tadi. lepas tu letakkan lebihan kentang tadi untuk tutup filling.
sapu kuning telur ats lapisan atas utk kesan dramatik..hehehe.. nak lagi dramatik boleh ambik garpu dan buatla corak sesuka hati anda.. dan siap mencorak. masukkan dlm oven dan bakar 20 -30 minit suhu 180 c .

lpas tu dh boleh ngap... sedap dan cepat abis...budak2 mmg suka bnde ni.. di sebabkan dah abis sebelum sempat di rakam kan gambar pie ni. terpaksa la meminjam gmbr dari pakcik google...
yg ni dia buat dalam bekas kecik2 ..cantik jugak kan...kalau de tetamu datang buat pulak pie cm ni lpas tu minum teh pudina panas, lpas tu lpas ujan pulak kan... fuh mmg boleh feeling2 cm kat oversea la..

Friday, 14 November 2014

Tips Murah Rezeki

Siapa tak nak murah rezeki kan..Tanyalah pada sesiapapun pasti ramai yang gembira bila di kurniakan rezeki melimpah ruah.. Tapi nak dapatkan murah rezeki perlu ada beberapa usaha yang perlu di buat. Insyallah jika kita konsistent pasti ada habuan dari ALLAH...
OK,,,Hari ni nak kongsi sikit tips untuk murah rezeki..

Tip #1. Menyempatkan diri  beribadah
Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada  hadis kudsi ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan. justeru sesibuk manapun kita dalam melayari kehidupan ini, susunlah waktu dengan sebaiknya untuk  tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.
Tip #2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Dengan selalu beristighfar, insya-Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.
Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Tip #3. Tinggalkan Maksiat
Istighfar tidak bernilai di sisi Allah sekiranya masih selalu berbuat dosa. Dosa-dosa yang dilakukan bukan sahaja akan menjadikan hati resah gelisah, malahan juga akan menutup pintu rezeki. Ia akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita. Sudah tentu kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku, bukan? Jika para pembaca mengikuti artikel keluaran yang lalu, ada menceritakan tentang Istidraj, iaitu Allah tetap memberikan kekayaan dan kemewahan kepada hamba-Nya walaupun terus-menerus melakukan dosa. Perkara ini harus kita elakkan agar kemurkaan Allah dapat kita hindari..
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah berserta dengan berkat dari-Nya, bukannya berserta kemurkaan-Nya. Na’uzubillah! Ayuhlah kita sama-sama menjaga amalan agar seluruh isi kehidupan kita ini diberkati oleh-Nya.

Tips #4. Sentiasa ingat Allah
Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat28)
Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah  yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.
Tip #5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah mereka berbakti kepada kedua ibu bapanya serta  menyambung tali silaturrahiim. Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Hadis Riwayat : al-Hakim dan ad-Dailami)
Maka dengan 2 hadis sahih ini, termaktublah kepentingan kita berbakti kepada kedua ibu bapa kerana mereka yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi asbab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

kredit : irfankhairi.com 

Thursday, 13 November 2014

masalah rambut berkelemumur dan gugur..

assalamualaikum semua...

ok hari ni kita nak bincang tentang masalah rambut pulak ye... mesti ramai yang pelik..shaklee ni ada ke set penjagaan rambut..?? 

haruslah ada uolls,,, ingat shaklee ni de supplement je ke.. 

ok, tentang masalah kelemumur n rambut gugur ni, rasanya ramai yang menghadapikan. memang merimaskan dan langsung x selesa. dengan kulit kepala gatal sebab kelemumur di tambah lagi dengan rambut yang gugur dengan banyaknya...

antara punca masalah tersebut :

    • Kulit kepala berminyak
    • Selalu berpeluh
    • Kurang menjaga kebersihan kulit kepala
    • Cuaca panas
    • Jarang membersihkan kulit kepala
    • Kekurangan zink dalam diet harian
    • Kurang penjagaan kulit kepala
ibu2 lepas bersalin pun selalu mengalami masalah ni kan...

ok..xpe ,,dont worry sy ada penyelesaian untuk anda.. SET PENJAGAAN RAMBUT PRO SANTE BY SHAKLEE..insyallah dapat membantu anda...


Purifying Shampoo
296ml
RM62

  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Replenishing Conditioner
296ml
RM67

  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Nourishing Scalp Treatment
59ml
RM93
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
PRODUK PENJAGAAN RAMBUT LAIN

Long Lasting Finishing Spray
237ml
 RM58
  1. Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
ini antara produk penjagaan rambut yang di syorkan ..
hubungi saya segera untuk harga istimewa...
anda tak rugi membeli dan berbalo baloi...

Berminat? Hubungi kami di 018-6692197   
Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni   
& jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl 
HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda...  





Wednesday, 12 November 2014

PENTINGNYA EPA DAN OMEGA 3 DHA

assalamualaikum semua... 

Tinggal sebulan lebih je lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2015...rasa cepat sgt kan. ok..bulan shaklee de buat promo baiikkk punya.. nak taw apa??? ..

jawapannya Omega Guard ler... antara vitamin yang menjadi pilihan ramai sebab kandungannya yg awesome.. sebab dia bukan sahaja supplement yang bagus utk org dewasa malah sgt bagus untuk kanak - kanak...

nak taw kenapa ia bagus untuk kanak- kanak???

Jom kita berkenalan dengan si Omega guard ni..

Omega guard ni terhasil dari pati ikan yang bermutu tinggi. Dalam pati ikan ni mengandungi 7 Asid lemak Omega 3 yang baik untuk badan kita antaranya DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA.

Kesemua asid lemak ini sangat bagus untuk kanak - kanak terutamanya untuk perkembangan otak mereka. Ia juga baik untuk kesihatan jantung dan sendi badan. 

Sebenarnya kandungan Asid lemak ini juga boleh didapati dari beberapa bahan makanan contohnya dari ikan jenis laut dalam, ikan kod, kacang soya dll.. Tetapi dengan gaya hidup kita hari ni pengambilannya tidak mencukupi dan memerlukan bantuan dari supplement contonhya dari OMEGA GUARD SHAKLEE ni ler...  

Ini antara sebab kenapa setiap rumah perlu menjadikan OMEGA GUARD ni supplement wajib untuk seisi keluarga.. 


so...bulan ni ada promosi untuk OMEGA GUARD ni beli 6 percuma 1...berbaloi baloi kan...


Berminat? Hubungi kami di 018-6692197  
Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni  
& jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda...  

Tuesday, 11 November 2014

Vivix Berbaloi baloi...

Hari ni nak share tentang Vivix. Ramai yang kata Vivix ni ubat ajaib..sebab khasiat dia yang super banyak...

Vivix  adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Antara kebaikan Vivix...

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan 

Kenapa istimewa sangat Vivix ni???


Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Hanya 1 sudu sehari...ia boleh membantu anda mengubah kehidupan anda...



Berminat? Hubungi kami di 018-6692197 
Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni
 & jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda... 



Monday, 10 November 2014

Infused detox water atau Air detox

Ok hari ni nak share sikit khasiat infused detox water ni.. de sesapa yang tahu pasal air detox ni..cer angkat tangan sikit. 

Kalau x taw meh i story mory cikit apa tu air detox.... 

Infused Detox Waters atau disebut Air detox. Infused detox water boleh menguruskan badan secara sihat. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan. Bahan utama adalah air yang memang sepatutnya kita minum air banyak dalam proses pengurusan badan ni dan bahan lain adalah campuran buah, herba dan bahan yang sesuai untuk digunakan.

Air detox ni menggalakan kita minum air lebih banyak disebabkan air detox lebih sedap dengan pelbagai campuran  berbanding air kosong. Secara tak langsung air ni boleh menjadi tujuan detox bergantung pada resepi campuran yang digunakan.

 Ada 5 jenis buah Air detox untuk tenaga dan cuci perut.

Oren, lemon, dan halia.

Buah Oren membantu dalam peredaran darah yang sihat, lemon membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia adalah sistem imun booster terkenal.

Infused Detox Waters


Timun, raspberry dan anggur

Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin, Raspberi mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur  melawan kanser dan pembersihan kompaun.

Infused Detox Waters

Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis

Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah, epal mempunyai  mengekalkan kesihatan tulang dan tisu kesihatan, dan kayu manis adalah salah satu yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.

Infused Detox Waters


Strawberry and Limau

Strawberi penuh dengan anti-oksidan, dan limau adalah sangat baik senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

Infused Detox Waters


Nanas and mint

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis, dan mint menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Infused Detox Waters

Cara untuk buat air detox :
1. Potong bahan bahan mengikut citarasa 
2. Letakkan potongan tersebut di bawah jag, k
3. Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
4. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.

Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air kosong cuma air detox lebih sedap berperisa :). Antara kebaikan air detox ni :
  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air) 
  • beban toksin berkurangan 
  • sistem imun diperkukuhkan
  • elak sembelit 
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula 
  • berseri dan kulit sihat
  • sakit berkurangan dan alahan 
  • tahap tenaga meningkat
so Jom try Air detox ni...sgt sesuai diminum dengan cuaca kat malaysia ni kan...  di tambah pulak dengan pengambilan supplement yang baik..pasti lagi sihat tubuh badan ...

Berminat dengan produk shaklee ???

Hubungi kami di 018-6692197 
Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni
 & jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl 
HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda... 



Friday, 7 November 2014

istimewanya dhuha

Solat Dhuha juga merupakan wasiat Rasul kepada umatnya sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits. “Abu Hurairah r.a. menceritakan:
‘Kekasihku Rasulullah Saw. memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat Dhuha dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tentu saja Rasulullah Saw. tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilah atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasullah Saw.
1. Solat Dhuha merupakan ucapan terima kasih kita kepada Allah Swt. atas nikmat sihat setiap sendi dalam tubuh kita.
Menurut Rasulullah Saw., setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makanannya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu para sahabat bertanya “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?”
Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya apabila ia tidak mampu maka solat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
2. Solat Dhuha merupakan  pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui. 
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari iaitu solat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga petang harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu kelebihan solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kelmarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Pencipta yang sentiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.
3. Solat Dhuha sebagai pelindung untuk mengelakkan seksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti.
Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan solat Fajar kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
4. Bagi orang yang melakukan rutin solat Dhuha niscaya Allah akan menjanjikan dengan balasan syurga.
Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
5. Pahala solat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah.
“Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673).
Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahawa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan solat Fajar (Subuh) berjemaah kemudian ia (setelah selesai) duduk mengingati Allah hingga terbit matahari lalu ia solat dua rakaat (Dhuha) ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
6. Kecukupan keperluan hidup.
Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah akan mencukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana aku pada awal siang (solat Dhuha) empat rakaat maka aku akan mencukupi (keperluan)mu sampai petang hari.” (H.R. Tirmidzi)
7. Memperolehi ghanimah (keuntungan) yang besar.
Dikisahkan Rasulullah mengutuskan pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperolehi.
Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperolehi kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah Saw. mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang banyaknya harta rampasan dan cepat kembalinya mereka.
Maka Rasulullah Saw. bersabda, ‘Mahukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya lebih banyak (memperolehi) harta rampasan dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya lebih banyak (memperoleh) harta rampasan dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad) 
Begitu banyak kelebihan dhuha yang mungkin kita kurang arif. Jom sama2 istiqamah untuk dhuha. hanya 5 minit dlm tempoh 24 jam je...

Thursday, 6 November 2014

Ish biar betul ESP ni...


hah...agak2 apa yg i nk story hari ni about ESP... I sure ramai org dh tau apa yg best ESP ni..khasiatnya i dh pernah share kt entry sebelum2 ni...so cer la godek2 my blog ni ye..:) 

Ok...hari ni i nak share apa lagi yang ESP boleh buat untuk diri kita selain kita shake n minum...

jangan x taw ESP ni jugak boleh buat masker taw... check it out...

untuk kulit mulus n gebu gebass...ni resepi masker ESP 

1 sudu besar ESP
2 sudu yogurt plain (x nak yang ada perisa ye)
mangkuk
berus untuk sapu di muka (kalau nak pakai tangan pun ok je,, tp make sure tangan bersih ye)

campurkan yogurt n ESP...gaul sebati
sapukan pada muka dan biarkan kering
dah kering cuci muka bersih2...

nak hasil yg cepat boleh buat sekerap yang mungkin..ikut tahap kerajinan anda..

kalau nak lagi best boleh jugak tambahkan Vita E untuk hasil optimum..just picitkan  sebiji Vita E dan campurkan dalam masker tu..mmg cnfm boleh gebu gebass lps ni...

sesapa yang rasa nak pudarkan bekas jerawat ke Masker ESP + Alfalfa pun bole membantu taw...

1 biji alfalfa
1 sudu ESP
sedikit air ikut kepekatan 

hancurkan alfalfa dgn air dan campurkan ESP gaul sebati..lpas tu sapukan kt muka ..biarkan kering n bilas...Selamat mencuba


Berminat? Hubungi kami di 018-6692197 
Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni & jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl
 HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda...

Wednesday, 5 November 2014

Apa Khasiat Minyak Ikan..


Rasanya ramai yang tahu tentang minyak ikan. tapi x ramai yg tahu ttg khasiatnya. Ok... now i  will tell you khasiat minyak ikan n off course minyak ikan shaklee or nama glemernya OMEGA GUARD SHAKLEE... 



Omega Guard Shaklee merupakan  minyak ikan paling tulen didunia. Ini kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard  membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA. 
   
  Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x  ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

Menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi, biasa digunakan oleh kebanyakan kilang masa kini. Kaedah ini boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan. 

 Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Omega Guard dihasilkan oleh melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak 
omega-3 paling tulen  dan paling semulajadi.

Kaedah ini berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl  - sejenis bahan kimia  industri yang sangat toksik).

Antara kebaikan Omega Guard :

 Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.

> Membantu meningkatkan kesuburan.

> Pengambilan secara berterusan memyerikan kulit, kulit lebih licin dan kemerah-merahan.

>  Mencegah penyakit saluran darah dan strok

> DHA dan EPA mampu menentang trombosis

> Merendahkan kepekatan darah dan tekanan  darah tinggi.

>   Melicinkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar

>  Mengekalkan tekanan darah normal

>  Mengurangkan ketegangan dileher atau sakit kepala

>  Merendahkan kolestrol

> Menghindarkan  pembekuan darah didalam badan.

Mengawal masalah obesiti

>  Mencegah arteriosclerosis, myocardial infacrtion

> Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Membantu tumbesaran  dan perkembangan otak janin

> DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting dalam 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.

DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

> Mencegah penyakit alzheimer.

> Memelihara penglihatan dan pendengaran dan  mencegah migrain.

> Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

> Membaiki alahan kulit, psorisis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

> Menentang kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.

> Meningkatkan enterogastritis, merangsang hati selepas pembedahan.

> Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) 

> Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

>  Memelihara fungsi-fungsi sendi dan membaiki gout dengan berkesan.

>  Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.

>  EPA dan  DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autisme, kanak-kanak  hiperaktif dan penyakit schizophernia.

hah...see byk sgt kan khasiat OMEGA GUARD ni...rugi spe tak try...

Berminat? Hubungi kami di 018-6692197 
Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni 
& jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl 
HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda... 



Tuesday, 4 November 2014

Adakah Anda Perlu Kalsium?

Cuba lihat di sini, adakah anda mempunyai gejala yang berikut?

  • Kejang otot
  • Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • Wheezing (pernafasan seperti wisel)
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Kulit kering (Psoriasis)
  • Tumit pecah dan kasar
  • Eczema - penyakit kulit
  • Sakit sendi
Kalau ada, maknanya anda kekurangan kalsium. Fikir-fikirkan semula, adakah pemakanan harian anda dilengkapi dengan kalsium? Berikut ialah sumber semulajadi kalsium:
  1. Produk tenusu
  2. Sayuran seperti bayam
  3. Kekacang
Kenapa penting mengambil kalsium?
  1. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium  adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
  2.  Pembentukan struktur normal sel
  3.  Sistem saraf
  4.  Pembekuan dan tekanan darah
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  •  Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  •  Sukar tidur (Insomnia)
  •  Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  •  Sakit pinggang dan kaki
  •  Cepat naik angin dan mudah terkejut
  •  Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  •  Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pula:
  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam
  • Hyperaktif
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  • Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  • Rendah, lemah badan
Justeru, amat disarankan anda semua mengambil Ostematrix Shaklee (kalsium magnesium) dalam diet harian anda. Baik cegah sebelum parah. Jika lambat bertindak, dan paras kalsium anda semakin kritikal, potensi untuk menghidapi osteoporosis akan berlaku. Takkan anda nak jadi seperti ini sebelum tiba masanya?
Apa yang anda makan hari ini, menjadikan siapa diri anda esok.. Fikir-fikirkanlah..


Berminat? Hubungi kami di 018-6692197 Add FB saya :  https://www.facebook.com/wana.misni & jangan lupa like fanpage saya :  https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl 
HARGA ISTIMEWA DAN LAYANAN ISTIMEWA Untuk anda...