Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat
Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak
menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami
sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang
subur.
“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem
reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan
terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang
mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami
haid langsung didapati mengidap PCOS.
“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.
“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.
“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.
“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.
Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.
“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.
“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.
Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.
Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.
Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.
Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.
Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.
Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.
SOALAN LAZIM
Siapa yang berisiko mendapat PCOS
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.
Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :
Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.
Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.
Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.
Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
· Ujian darah
Luteinizing Hormone (LH)
· Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
· Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
· Ujian darah
Progesterone/Testesterone
· Ujian darah
prolaktin
· Ultrasound
Pelvis- rahim dan ovari
Bagaimana merawat masalah ini?
Bagaimana merawat masalah ini?
· Sekiranya
anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh
menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.
Ubat subur
Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.
Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.
Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.
Mengenai PCOS
Ubat subur
Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.
Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.
Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.
Mengenai PCOS
· Diagnosa
PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau
ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
· PCOS
memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan
anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan
dan masalah kanser rahim.
· PCOS adalah
penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh
mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
· Rawatan
bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan
termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)
Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)
· Masalah
jerawat.
· Kitaran
haid tidak menentu.
· Hirsutism -
pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).· Masalah
berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
· Ovari lebih
bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
· Keguguran
rambut.
· Kurang
subur.
· Sukar
hamil
Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :
· Ubat -
pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi.
Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi
tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
· Surgeri -
pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya
sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan
telur dan ovulasi.
· In vitro
fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua
rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.
Sumber :
Harian Metro online, Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/25
No comments:
Post a Comment