Thursday, 21 August 2014

Jagalah Buah Pinggang anda ...

Buah pinggang atau ginjal yang berbentuk seperti kacang merah dan terletak di salah satu sisi belakang di bawah tulang rusuk merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi penting dalam menjaga fungsi badan dan organ lain.

Menurut perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan seperti 'ibu kepada segala cecair dalam badan' apabila peranan utamanya adalah mengekalkan keseimbangan homeostatik cecair badan dengan bertindak sebagai penapis dan menyingkir metabolit

Dalam erti kata lain, buah pinggang berfungsi untuk memastikan tubuh kita bersih daripada sebarang toksin selain mengimbangi bahan kimia yang berbeza dalam tubuh badan dan menjaga tekanan darah serta jumlah sel darah merah.

Apabila buah pinggang mengandungi toksin berlebihan, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana bahan buangan dan urin tidak mampu dikeluarkan daripada badan.
Pembuangan sel kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh dapat memastikan darah dalam badan hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Jadi, bagi memastikan buah pinggang berfungsi dengan normal, anda perlu menjaga diet yang seimbang serta mengamalkan minum air kosong secukupnya agar buah pinggang terus kekal sihat. Minum Air sekurang -kurangnya 8 gelas sehari atau 3 liter air sehari bergatung kepada keperluan tubuh masing- masing. Terutamanya ketika musim panas, air yang mencukupi dalam badan membantu badan kita terhindar dari masalah dehidrasi. 

pengambilan serat dan buah -buahan juga dapat membantu kita menjaga kesihatan buah pinggang kita. dan bagi mereka yang mengambil produk vitamin dan sebarang supplement pastikan produk yang di ambil tidak mengandungi sebarang bahan terlarang dan bahaya. produk yang bersifat semulajadi dan bebas bahan kimia yang paling bagus di amalkan.

PRODUK SHAKLEE TELAH DIPERAKUI BERASASKAN BAHAN SEMULA JADI DAN TIADA BAHAN TIRUAN SERTA KIMIA. SO PADA SESIAPA YANG CONSUME SHAKLEE JGN RISAU YE... 

sumber : utusanmelayu online  

 

Thursday, 14 August 2014

Shaklee Ostematrix : Tiada lagi sembelit, tiada lagi kejang, kebas, lenguh dan hidup semakin sihat

Tahukah anda antara byk2 vitamin Shaklee yang cepat terasa kesannya.. adalah Ostematrix.. Sebab tu kalau siapa2 tanya saya, apa vitamin utk org selalu letih.. lenguh2, sakit belakang... hmm saya jawab.. Memadai anda cuba Ostematrix...Ostematrix mengandungi gabungan sempurnabatu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

Apa kandungan yang terdapat dalam ostematrix?

    mengurangkan gejala PMS
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang 

OsteMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
Jom share testimoni... 






Berminat? Hubungi kami di 018 -6692197 / Add FB saya https://www.facebook.com/wana.misni & jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/irishealthshoppe?ref=hl


HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER TERSAYANG.


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Bengkak Susu (Mastitis)

bengkak susu


Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.


Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

Gejala- Gejala Mastitis
Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-
  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam 38 C atau lebih
Sebab Mastitis
Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.
 Siapa yang berisiko
Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Bila anda perlu jumpa doktor
Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan Mastitis di rumah
Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.
Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-
  • Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
  • Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
  • Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
  • Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
  • Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
  • Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
  • Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
  • Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan
  • Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
  • Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
  • Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
  • Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
  • Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.
 sumber: alamhamil.com

Set Kesuburan Suami dan Isteri




SET KESUBURAN WANITA

Merupakan kombinasi Set Asas (Vita-Lea, Vita-C dan B-Complex), Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa Complex dan GLA Complex. Pengamalan set ini secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah kesuburan yang dialami oleh wanita. Tetapi pengambilan kombinasi kesemua supplement di atas adalah tidak wajib kerana pengambilan supplement adalah berdasarkan masalah spesifik yang dialami.

- Pengambilan Set Asas boleh membantu mengembalikan kesihatan wanita pada tahap yang optimum. Kesuburan wanita sangat dipengaruhi oleh tahap kesihatan baik mental mahupun fizikal. Apabila kesihatan seseorang wanita itu tidak pada tahap seoptimum mungkin dan ditambah pula dengan stress kerja seharian, pengeluaran hormon serta penghasilan sel telur (ovum) akan terjejas.

- Protein adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan sel termasuklah sel telur. Pengambilan ESP dengan konsisten boleh membantu dalam pembentukan sel telur yang sihat bagi meningkatkan kesuburan wanita.

- Pengambilan Alfalfa Complex akan membantu meningkatkan kesihatan dalaman wanita, sebagai perapat dan membantu menghilangkan masalah keputihan. Isteri yang sering rasa sakit apabila bersama suami juga disarankan untuk mengamalkan Alfalfa.

- Pengambilan GLA Complex secara konsisten boleh membantu membaiki masalah period yang sering dialami oleh wanita.
 

SET KESUBURAN LELAKI

Merupakan kombinasi Set Asas (Vita-Lea, Vita-C dan B-complex), Energizing Soy Protein (ESP), Vita-E dan Zinc Complex. Pengamalan set ini secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah kesuburan yang dialami oleh lelaki. Tetapi pengambilan kombinasi kesemua supplement di atas adalah tidak wajib kerana pengambilan supplement adalah berdasarkan masalah spesifik yang dialami.

- Pengambilan Set Asas boleh membantu mengembalikan kesihatan lelaki pada tahap yang optimum. Kesuburan lelaki boleh dipengaruhi oleh tahap kesihatan baik mental mahupun fizikal. Apabila kesihatan seseorang lelaki itu tidak pada tahap seoptimum mungkin dan ditambah pula dengan stress kerja seharian, pengeluaran hormon serta penghasilan sel sperma akan terjejas.

- Protein adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan sel termasuklah sel sperma. Pengambilan ESP dengan konsisten boleh membantu dalam pembentukan sel sperma yang sihat bagi meningkatkan kesuburan lelaki.

- Pengambilan Vitamin E akan membantu menstabilkan hormon reproduktif dan bertindak sebagai antioksidan bagi merawat sel badan yang rosak.

- Pengambilan zink pula membantu meningkatkan tahap hormone testosteron dan bilangan sel sperma yang sihat.

NOTA PENTING

* Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat diaatasi. Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu.
 



Berminat? Hubungi kami di 018-6692197 / Add FB saya  https://www.facebook.com/wana.misni


& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/irishealthshoppe


HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER TERSAYANG