Friday, 12 September 2014

CARA PEMAKANAN TERBAIK

Jika anda sedang mencari pelan pemakanan yang terbaik. Jom…Contohi cara pemakanan Rasulullah. Tidak boleh di sangkal lagi pemakanan Rasulullah adalah yangterbaik dalam semua aspek. Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal. Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’

RASULULLAH SUKA MAKANAN YANG LEMBUT
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau sedang dalam proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan ataupun bubur nasi yang lembut.

AMALAN MEMAKAN SAYUR PADA WAKTU MALAM
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW tidak akan terus  tidur selepas makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.

Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)


MAKAN DALAM KUANTITI YANG SIKIT
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.



TIDAK MENGAMBIL MAKANAN YANG TERLALU PANAS
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi ianya memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa, pewarna tiruan dan sintetik.


POSTUR BADAN YANG BETUL KETIKA MAKAN
Rasulullah s.a.w duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.” Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa.



TIDAK MENGHINA MAKANAN
Rasulullah tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”



MENGASINGKAN MAKANAN SUMBER DARAT DAN LAUTAN
Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.


TIDAK MINUM SUSU KETIKA MAKAN IKAN, DAGING ATAU AYAM
Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit.
Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negatif. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.


JANGAN MAKAN BUAH BERSERTA SUSU
Dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.


TIDAK TINGGAL MAKAN MALAM
Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam yang disarankan bukanlah makan pada lewat malam tapi sebelum maghrib.

Insyallah siapa yang mengamalkan cara pemakanan Rasulullah akan terhindar dari penyakit –penyakit hari ini yang mudah menyerang manusia tak kira usia.




No comments:

Post a Comment