1. Berehat atau rileks sikit – Dalam usaha anda untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab anda, carilah dan luangkanlah sedikit masa untuk berehat. Dengan berehat seketika, ia akan membolehkan anda untuk memulihkan tenaga jasad dan jiwa anda. Ingat, anda bukan mesin!
2. Lakukan senaman – Senaman boleh membantu mengurangkan stress. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20minit 3 kali seminggu. Dengan melakukan senaman yang ringan, selesa dan berterusan akan menjadikan diri anda segar, sihat dan berstamina.
3. Menerima hakikat kemampuan diri – Sebagai seorang manusia anda hanya boleh usaha yang terbaik untuk sesuatu tujuan. Adakalanya anda tidak dapat melakukannya dengan sesempurnanya yang membuatkan anda stress. Maka, jangkaan anda pada diri sendiri dan terhadap orang lain haruslah realistik. Ini kerana dalam hidup ini tiada yang sempurna dan ada berbagai limitasi atau had pada diri manusia.
4. Susun dan atur kehidupan anda – Merancang dan atur aktiviti seharian anda dengan baik dan realistik. Jangan lupa waktu berehat, makan ddan tidur yang secukupnya. Buatlah jadual atau senarai untuk sehari, minggu atau bulan. Guna sistem diari atau planner untuk merancang.
5. Kemaskan persekitaran anda – Kehidupan akan lebih tenang dan mudah sekiranya anda tinggal atau bekerja di dalam persekitaran yang kemas dan bersih. Lakukan secara konsisten.
6. Kurangkan tergesa-gesa – Peruntukkan masa untuk melakukan sesuatu secara realistik. Rancang aktiviti anda dengan baik dari pelbagai sudut.
7. Bersabar – Sabar merupakan satu sifat mulia yang membolehkan manusia mengendalikan dirinya dengan baik didalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Sabar juga boleh diertikan sebagai tahan uji, tahan derita dalam mengerjakan sesuatu.
8. Solat dan zikir – Inilah yang terbaik sekali untuk menguruskan stress anda bagi yang beragama islam. Ini akan memberi ketenangan yang hebat kepada jiwa anda. Ketegangan, resah dan gelisah akan hilang dan anda mampu mengendalikan urusan kehidupan seharian dengan lebih berkesan.
Sumber:
mahfuzahhusin.com & www.ElyasOthman.com
No comments:
Post a Comment