Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar Al-Khaleej yang memetik kata-kata Dr. Al-Amin Al-Amiri,"Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit seperti HEPATITIS dan AIDS/HIV".
Prosedur yang dibangunkan di TURKI ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah kulit psoriasis.
Pesakit / orang ramai dikehedaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan GARRA RUFA atau ikan CHIN CHIN). Ikan-ikan ini akan MEMAKAN sel-sel kulit mati pesakit atau pengunjung SPA yang membuat rawatan tersebut.
No comments:
Post a Comment