1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Mengambil hidangan selepas bersenam adalah satu kemestian. Ketika ini juga masa yang terbaik kerana otot kita berada dalam keadaan lemah dan sangat memerlukan penambahan karbo. Makanan yang dimakan selepas bersenam juga yang paling kurang di serap menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Tidur dalam keadaan lapar sebenarnya dapat mengurangkan tahap metabolisme anda. Jadi makan waktu tengah malam itu tidaklah salah jika kena pada caranya. Elakkan pengambilan karbo utk hidangan tengah malam anda tapi ambillah makanan dari jenis protein dan serat seperti susu rendah lemak dan buah buahan.
3. Kitaran Kalori
Cuba lakukan pengiraan kalori yang anda ambil seharian... Kalori yang mencukupi dapat membantu anda meningkatkan kadar metabolisme badan.
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
4. Lengkapkan Dengan Protein
Protein nutrien paling penting untuk badan. Protein yang cukup membantu anda mengawal berat badan anda dan mengurangkan rasa lapar anda.
Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman, minum air kosong 7 gelas sehari...
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.
No comments:
Post a Comment